Friday, May 06, 2011
Sup Tulang Hot Mama!!
Bahan-bahan sup tulang hot mama!!
5 ketul tulang lembu bahagian yg best
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang putih
sedikit halia
5 tangkai cili padi
daun sadri & daun bawang
kentang
sup bunjut
air
cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih sedikit garam,cili padi dan lada sulah.Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah ditumbuk setelah garing masukkan penumis bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih sehingga naik bau supnya ummm nyammy kemudian masukkan sup bunjut untuk lebih rasa sup..dah nampak sgt mesra masukkan air dan tulang..renehkan sehingga daging tulangnya empuk masukkan kentang..
Setelah siap hiriskan daun sadri & daun bawang hias diatasnya dan skrg siap untuk dimakan bersama en.suami..nyam3..jika tak pedas blh suap untuk rifqi sekali..mesti meriah makan bersama keluarga..
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment