kali nie tak sempat nk take pic sbb dh xcited sgt nk buat sampai tahu2 jek dh nk habis dimakan..huhuhuhu...setelah setahun lbh bergelar isteri shariff norherrizan baru skrg mama tunjuk skill buat laksa iaitu makanan kesukaan en suamiku ini..
Bahan-bahan laksa penang hot mama!!
Laksa (direbus sehingga kembang)
Ikan kembung (direbus)
Cili Kering (dikisar)
Bawang Merah
Belacan
Garam
Daun Kesum
Bunga Kantan
4 keping asam gelugur
Telur
Cili Padi
Timun
Cara-cara Penyediaannya..
Kisar isi ikan dan tulangnya sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang telah dikisar iaitu cili kering, bawang merah, belacan..agak mendidih masukkan bunga kantan, asam keping dan bunga kantan tambah garam dan serbuj perasa secukupnya..tadaa siap dan sedia untuk dimakan..
Hiasan..
Hiris bawang merah, timun, cili padi, Rebus telur, bunga kantan, daun kesum, limau kasturi apabali makan masukkan sume mesti lg besttt biar pedas lg mengancam...en suami pasti makan bertambah-tambah dan asyik mengulang jek..huhuhuhu..i love u papa..